Untuk BERSIH, yang akan kelihatan kotor adalah rakyat, polis, dan orang awam. Menteri akan kekal kelihatan hero. Menteri akan kekal keluar surat khabar dengan kenyataan yang hebat. Menteri akan kekal naik pangkat, menteri akan terus-menerus terima gaji yang diberi rakyat.
Yang jahat, polis, tentera, orang awam dan rakyat. Orang-orang yang miskin akan terus hidup dalam penindasan. Orang-orang yang miskin akan dicaturkan untuk bergaduh sesama sendiri. Orang-orang miskin, hanya akan kelihatan seperti orang yang tidak berakal.
Selepas esok, gambar yang akan ada dalam surat khabar dan alam maya ialah, keganasan rakyat, keganasan polis(juga rakyat).
Akan ada juga gambar dalam akhbar, wakil-wakil rakyat berbaju hebat, tanpa tergugat, menyelar tindakan rakyat. Rakyat yang sangat mengharapkan ketelusan pemimpin untuk mewakili mereka.
Dan ini akan terus berlaku selagi mereka yang memerintah tidak bermuhasabah diri. Adakah mereka menjadi Menteri, kerana sayangkan negeri, atau sayangkan anak isteri. Adakah mereka menjadi menteri hanya untuk menjaga periuk nasi, bebas berjalan kesana ke sini, ke dalam ke luar negeri, atau mereka sebenarnya perlu merasai kesusahan yang rakyat alami, dan sama ubah ke arah lebih baik.
Sudah tiba masanya rakyat dan polis(yang juga rakyat) bersatu padu untuk menjadikan BERSIH 4.0 esok betul-betul bersih.
Kekecohan hanya akan timbul apabila adanya provokasi. Berhimpunlah dengan aman. Tolong jangan bergaduh sesama sendiri hanya kerana arahan menteri yang tak ada rasa simpati.
SAYA TIDAK MENYOKONG BERSIH, Saya tolak kekerasan. Saya cuma mengasihani rakyat yang telah terlalu banyak dipergunakan oleh mereka yang telah rakyat undi.
Saya Ishak Sairozi.
Lets Unite for Change, Youth is Hope, People is Hope,

Comments