Bajet 2016 : Memerangi rasuah.



Walaupun terdapat beberapa ciri-ciri positif dalam Bajet 2016 masih dapat dilihat dengan 

ketara tentang beberapa kekurangan di dalamnya. Jika diteliti bajet pada tahun ini langsung 

tidak menyebut malah mengaitkan tentang usaha kerajaan dalam memerangi rasuah  atau 

menyentuh tentang langkah yang boleh mengurangkan ketirisan berterusan atau meningkatkan 

integriti dalam pentadbiran negara. Dewasa ini, integriti dalam kalangan masyarakat sudah 

semakin membimbangkan,  namun yang menjadi ancaman terbesar adalah integriti dalam 

kalangan pemegang jawatan tertinggi negara. 

Melalui bajet, rasuah dapat ditangani melalui pelbagai cara. Terdapat pelbagai langkah yang 

boleh dilaksanakan melalui bajet antaranya pengawalan perbelanjaan jabatan dan agensi 

agensi kerajaan yang kadang kala berlaku lebihan perbelanjaan. Keadaan ini berlaku akibat 

pembelian barang mengikut harga pasaran dan kelewatan dalam memberikan kelulusan untuk 

perbelanjaan barang. Banyak lagi faktor perbelanjaan berlebihan yang dilakukan agensi 

kerajaan seperti yang diketengahkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan audit 

komprehensif beliau. Saban tahun berjuta-juta ringgit dibazirkan akibat ketidakcekapan jabatan 

kerajaan sedangkan jumlah ini seatutnya boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat.

Kekurangan penguatkuasaan yang efektif oleh institusi negeri juga telah meningkatkan kos 

perbelanjaan negara. Seharusnya denda yang setimpal harus diambil sebagai langkah proaktif 

dalam menghalang ketirisan yang dilakukan oleh agensi kerajaan tetapi sebaliknya denda yang 

dikenakan hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga, sekadar memberi kesan yang kecil 

kepada pelaku rasuah. Sebagai akibatnya, kes salah laku telah menjadi semakin serius sejak 

beberapa dekad lalu. Tragedi penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thai yang 

mengakibatkan kematian puluhan Rohingya yang didedahkan pada awal tahun ini adalah satu 

contoh apa yang boleh berlaku apabila pegawai-pegawai penguatkuasa gagal melaksanakan 

tugas mereka berikutan integriti mereka telah dibeli dan dikompromi

Sekiranya pegawai yang bersalah tersebut tidak ditangkap atau dihukum dengan teruk, maka 

sebab lain yang menjadi faktor ialah kerana tidak ada institusi yang berkuasa penuh yang berani 

menjalankan siasatan yang bebas terhadap salah laku anggota penguatkuasa dan agensi-agensi 

penguatkuasaan. Satu institusi bebas yang mempunyai kuasa penuh perlu diwujudkan dengan 

segera untuk bertindak terhadap penguatkuasa sama ada mereka dari pihak polis atau 

imigresen atau beberapa agensi lain. Agensi Penguatkuasaan Suruhanjaya Integriti (EAIC) 

dianggap sudah tidak mempunyai kuasa penuh untuk bertindak dengan lebih berkesan. Inilah 

antara faktor yang membolehkan kita menjadikan bajet sebagai penyediaan untuk kita 

menubuhkan satu entiti kakitangan terlatih yang mampu mematuhi piawaian tertinggi integriti.

Bajet juga boleh  memperuntukkan lebih banyak sumber untuk meningkatkan pengetahuan dan 

kemahiran dalam kalangan pegawai anti-rasuah  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 

(SPRM) yang secara umumnya telah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang. 

Penaiktarafan ini penting memandangkan dewasa ini siri rasuah telah menjadi lebih serius dan 

melangkaui batas persempadanan negara. 1MDB adalah contoh terbaik. Tidak dapat disangkal 

lagi bahawa rasuah pada hari ini adalah lebih membimbangkan berbanding beberapa dekad 

Secara ringkasnya, Bajet 2016 tidak menunjukkan langkah yang serius dan ikhlas dalam 

memerangi rasuah dari peringkat masyarakat hinggalah ke peringkat tertinggi. Tiada usaha 

kerajaan untuk meningkatkan nilai integriti dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jika dilihat 

pada perkara ini, kekurangan kesungguhan politik dalam kalangan orang-orang yang 

menggunakan kuasa dan pengaruh merupakan satu manifestasi yang menjadi punca utama 

terhadap penyebaran rasuah dalam negara kita

Dr Chandra Muzaffar,
Pengerusi
Lembaga Pemegang Amanah,

DIterjemah oleh Ishak Sairozi 

Yayasan 1Malaysia.

Comments